Kuala Lumpur
     
March 31, 2025

Translate

KESIMPULAN

 

Kehadiran Revolusi Industri 4.0 yang mana ia menekankan pembinaan teknologi dunia tanpa sempadan memberikan kesan kepada kehidupan kita.  Daripada teknologi wap sehinggalah kewujudan internet dan komputer ia merubah taraf hidup kebanyakan penduduk dunia dan ia menjadikan kehidupan kita lebih baik dan bermakna.

Pembangunan dan perkembangan teknologi canggih Industri 4.0 ini juga akan menjadikan kehidupan manusia menjadi lebih sistematik dan berkualiti berbanding dengan resolusi sebelum ini. Perubahan teknologi yang pantas ini memerlukan perancangan yang mampan dan menyeluruh oleh semua pihak termasuklah penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi negara berasaskan resolusi Industri 4.0 ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. 

Untuk dalam bidang yang penting seperti pendidikan kemajuan teknologi terus memberi kesan terhadap kehidupan seharian manusia dan perkara ini tidak akan dapat dielakkan. Berkaitan dengan pendidikan pula perkembangan teknologi maklumat ini menyebabkan maklumat mudah dan boleh dicapai hanya dihujung jari secara tidak langsung, warga pendidik bukan lagi menjadi sumber utama dalam menyampaikan maklumat dalam pembelajaran.

Oleh itu pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengadaptasikan kaedah yang baru ini seiring dengan perkembangan teknologi yang pantas demi membantu serta melahirkan generasi yang memiliki daya kreativiti selain mampu dalam menggunakan teknologi dalam menghadapi cabara Revolusi Perindustrian 4.0.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPAK REVOLUSI INDUSTRI KEPADA KEPELBAGAIAN BIDANG

  KESAN KEPELBAGAIAN BIDANG Impak IR 4.0 dalam kepelbagaian bidang telah menimbulkan kadar peningkatan dalam usaha perindustrian berskala ...