Kuala Lumpur
     
March 31, 2025

Translate

FUNGSI KOMPONEN

 

1.0    TEKNOLOGI INTERNET 

Ketika ini, internet digunakan secara meluas tanpa mengira umur, bangsa dan lokasi pengguna. Rajah 4 menunjukkan fungsi internet. Melalui internet ia digunakan sebagai media untuk mengakses informasi dan berita di hujung jari sahaja. Berita-berita dari dalam dan luar negara mudah diakses tanpa mengira masa. Melaluinya juga internet berfungsi sebagai media untuk bertukar sumber data di antara satu sama lain. Fungsi internet yang paling memberi kesan kepada pengguna adalah digunakan sebagai media untuk mengakses hiburan terutamanya ketika dunia di era pandemic Covid-19 ketika ini. Melaluinya juga ia digunakan sebagai media dalam kemudahan untuk berbelanja iaitu berbelanja secara atas talian.

 


 2.    SIMULASI

Pada ketika ini, simulasi sangat membantu urusan bagi kerja-kerja yang sukar dilakukan di mana simulasi ini diwujudkan untuk menyerupai keadaan yang sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan ia dilakukan dalam keadaan yang terkawal.   Keadaan ini memanfaatkan data sebenar dan memodelkan dunia sebenar secara virtual melibatkan mesin, produk dan manusia. Ini memungkinkan pengendali untuk menguji dan mengoptimakan penggunaan mesin-mesin yang besar dan berat di dunia maya sebelum diterapkan ke situasi sebenar. Melalui kaedah ini, penyusunan mesin dapar dipercepatkan dan kualiti produk dapat ditingkatkan.

 


 

3.    TEKNOLOGI ROBOTIK

Robotik autonomi ini ialah setiap aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan tenaga robot. Penggunaan tenaga kerja robot dalam bidang pembuatan bukanlah sesuatu yang baru bagi kita. Sebagai contoh Negara Malaysia telah diketahui adalah negara Asean yang mengeluarkan jenama kereta sendiri iaitu Proton, didalam industri ini telah menggunakan kepakaran robot bersistem dalam membuat rangka kereta dan sebagainya.

Dengan kemajuan teknologi yang terkini, kemajuan dalam penciptaan robotik akan menjadi lebih fleksibel dan berupaya menangani kerja-kerja yang sukar. Sistem robotik ini boleh dipantau serta dapat dikendalikan dari jarak jauh serta dapat diprogramkan bagi bekerjasama dengan manusia serta memasuki persekitaran kerja yang sama seperti manusia.

 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IMPAK REVOLUSI INDUSTRI KEPADA KEPELBAGAIAN BIDANG

  KESAN KEPELBAGAIAN BIDANG Impak IR 4.0 dalam kepelbagaian bidang telah menimbulkan kadar peningkatan dalam usaha perindustrian berskala ...