KESAN KEPELBAGAIAN BIDANG
Impak IR 4.0 dalam kepelbagaian bidang
telah menimbulkan kadar peningkatan dalam usaha perindustrian berskala besar
melalui proses mekanisma. Oleh yang demikian, dalam tempoh masa yang singkat ia
boleh menghasilkan produk yang berlipat kali ganda seiring dengan memenuhi
keperluan masyarakat. Positifnya, para pengusaha syarikat besar telah berlumba
dalam melakukan pengeluaran produk yang banyak dengan cepat menyebabkan kos
produk itu menjadi lebih murah kepada masyarakat, kesan negatif pula ancaman
diterima oleh pengusaha yang masih lagi melakukannya secara tradisional yang
terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat
besar yang mengikuti perkembangan revolusi.
Kelebihan dari sumber peralatan komunikasi
yang moden, murah dan pantas, pihak pengeluar barang tempatan boleh berubah
menjadi produksi antarabangsa. Perdagangan antarabangsa kian berkembang pesat
dalam menjana ekonomi sesebuah negara sekaligus taraf kehidupan masyarakat akan
menjadi lebih dinamik. Dibawah ini penulis menerangkan secara ringkas mengenai
kesan revolusi perindustrian 4.0 terhadap pelbagai bidang antaranya bidang
pertanian, kesihatan dan pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan