1. Teknologi Internet
Teknologi internet pada masa kini merupakan
suatu yang tidak asing lagi. Rata-rata rakyat di Malaysia mempunyai kemudahan
internet sendiri dan semua maklumat boleh diakses di hujung jari sahaja. Ia
merupakan teknologi yang paling asas dan kini ia menjadi rangkaian
menghubungkan dunia yang tiada sempadan. Ia juga merupakan khazanah ilmu di mana
ia membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Tugas seorang guru juga mudah
dengan penggunaan internet di mana ia membekalkan ilmu yang terkini dan mudah.
Perkembangan ilmu sains dan teknologi seiring dengan kemajuan internet membantu
dalam apa jua proses penyelidikan tanpa mengira bidang. Selain itu, teknologi
internet membantu dalam proses komunikasi Antarabangsa. Teleperubatan di
mungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia
dapat berkomunikasi dan berinteraksi. Pelbagai pembedahan dan diagnosis
dimungkinkan melalui internet.
Dari aspek ekonomi dan politik pula, teknologi
internet membantu melancarkan proses telekonferensi di mana ia memudahkan sesuatu
urusan komunikasi dalam usaha pembuatan keputusan tanpa perlu ke sesuatu
tempat. Dalam sektor pendidikan pula,
internet membantu kepada lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka
tanpa menjejakkan kaki ke universiti. Hubungan antara agensi kerajaan dan
badan-badan pendidikan antarabangsa untuk permohonan kemasukan ke kursus
pengajian dapat dilakukan dengan mudah . Teknologi internet memudahkan urusan
harian kita. Semua pembayaran bil, air, kad kredit dan lain-lain dapat
dilakukan dengan mudah. Urusan menerusi
teknologi internet bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat mengurangkan
kesesakan lalulintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.
2. Simulasi
Simulasi adalah situasi yang diwujudkan bagi
mencipta keadaan atau suasana yang sebenar atau hampir sama dengan keadaan yang
sebenar dan ia kerap digunakan di dalam mencipta sesuatu produk atau keadaan
yang berisiko tinggi seperti dalam Latihan pengendalian pesawat, ia boleh
digunakan didalam skop yang lebih besar seperti penstrukturan semula proses di
dalam sesebuah kilang. Melalui kaedah simulasi ini segala masalah yang mungkin
akan berlaku dapat dikenalpasti pada peringkat awal lagi.
Sistem simulasi ini dibangunkan untuk bersifat real-time
tidak kira dalam penggunaan mesin atau penciptaan objek secara maya atau
sesuatu penghasilan produk. Perkara ini seterusnya dapat mengoptimumkan
pengendalian program pengawasan, mengurangkan kebarangkalian masalah yang
mungkin akan berlaku serta menjimatkan tenaga kerja serta masa.
3. Robotik
Teknologi robotik telah wujud sejak tahun 1948
lagi. Pada ketika itu, robot biasa digunakan dan ia berfungsi mengikut arahan
yang telah diaturkan oleh pengacara dan ia hanya bekerja dengan berpandukan
pada arahan tersebut sahaja. Robot
autonomi di gunakan di mana ia
beroperasi menggunakan logik algoritma yang kompleks dan robot ini mampu
berdikari di dalam melaksanakan tugasnya. Contohnya ia berkemampuan untuk
mengecas baterinya sendiri jika mereka kehabisan kuasa. Ini dapat menjimatkan
masa di mana pengendali tidak diperlukan untuk mengecas bateri robot tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan