REVOLUSI 1
Revolusi Industri Pertama bermula dalam tempoh
1820 hingga 1840 di Great Britain dimana perubahan dalam sektor pembuatan
menggunakan tangan kepada penggunaan mesin yang dikuasai oleh tenaga wap dan
air.
REVOLUSI 2
Seterusnya, Revolusi Industri Kedua pula
bermula pada 1870 hingga 1914 melibatkan penggunaan tenaga elektrik dalam
pembuatan skala besar.
REVOLUSI 3
Revolusi Industri Ketiga yang juga dikenali
sebagai Revolusi Digital, berlaku pada lewat abad ke-20. Dalam revolusi kali
ini, elektronik dan teknologi informasi digunakan untuk membantu sektor
pengeluaran. Ini disebabkan penciptaan litar bersepadu (IC) yang membolehkan
komputer bersaiz kecil dapat dihasilkan.
REVOLUSI 4
Dalam Revolusi Industri Ketiga, komputer masih
belum mampu untuk disambungkan sesama sendiri. Pengenalan Internet membolehkan
komputer mampu berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, teknologi komunikasi
semasa Revolusi Industri Ketiga tidak sepantas dan sebaik sekarang. Sewaktu
Revolusi Industri Keempat diperkenalkan, teknologi komunikasi dan rangkaian
Internet telah menjadi jauh lebih baik. Ini juga dibantu dengan kemajuan
teknologi tanpa wayar iaitu 3G, 4G, Wi-Fi, Bluetooth dan yang paling baharu
ialah 5G.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan