Kuala Lumpur
     
March 31, 2025

Translate

Ahad, 17 April 2022

IMPAK REVOLUSI INDUSTRI KEPADA KEPELBAGAIAN BIDANG

 

KESAN KEPELBAGAIAN BIDANG

Impak IR 4.0 dalam kepelbagaian bidang telah menimbulkan kadar peningkatan dalam usaha perindustrian berskala besar melalui proses mekanisma. Oleh yang demikian, dalam tempoh masa yang singkat ia boleh menghasilkan produk yang berlipat kali ganda seiring dengan memenuhi keperluan masyarakat. Positifnya, para pengusaha syarikat besar telah berlumba dalam melakukan pengeluaran produk yang banyak dengan cepat menyebabkan kos produk itu menjadi lebih murah kepada masyarakat, kesan negatif pula ancaman diterima oleh pengusaha yang masih lagi melakukannya secara tradisional yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang mengikuti perkembangan revolusi.

Kelebihan dari sumber peralatan komunikasi yang moden, murah dan pantas, pihak pengeluar barang tempatan boleh berubah menjadi produksi antarabangsa. Perdagangan antarabangsa kian berkembang pesat dalam menjana ekonomi sesebuah negara sekaligus taraf kehidupan masyarakat akan menjadi lebih dinamik. Dibawah ini penulis menerangkan secara ringkas mengenai kesan revolusi perindustrian 4.0 terhadap pelbagai bidang antaranya bidang pertanian, kesihatan dan pendidikan.   


Gambaran Teknologi masa hadapan dalam bidang Pertanian


Teknologi dalam dunia perubatan akan mengubah corak Kesihatan dunia

Perkembangan dalam teknologi pendidikan akan memberi impak positif kepada pelajar mengikut peredaran zaman yang serba moden.

RINGKASAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

 



REVOLUSI 1

Revolusi Industri Pertama bermula dalam tempoh 1820 hingga 1840 di Great Britain dimana perubahan dalam sektor pembuatan menggunakan tangan kepada penggunaan mesin yang dikuasai oleh tenaga wap dan air.

 

REVOLUSI 2

Seterusnya, Revolusi Industri Kedua pula bermula pada 1870 hingga 1914 melibatkan penggunaan tenaga elektrik dalam pembuatan skala besar.

 

REVOLUSI 3

Revolusi Industri Ketiga yang juga dikenali sebagai Revolusi Digital, berlaku pada lewat abad ke-20. Dalam revolusi kali ini, elektronik dan teknologi informasi digunakan untuk membantu sektor pengeluaran. Ini disebabkan penciptaan litar bersepadu (IC) yang membolehkan komputer bersaiz kecil dapat dihasilkan.

 

REVOLUSI 4

Dalam Revolusi Industri Ketiga, komputer masih belum mampu untuk disambungkan sesama sendiri. Pengenalan Internet membolehkan komputer mampu berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, teknologi komunikasi semasa Revolusi Industri Ketiga tidak sepantas dan sebaik sekarang. Sewaktu Revolusi Industri Keempat diperkenalkan, teknologi komunikasi dan rangkaian Internet telah menjadi jauh lebih baik. Ini juga dibantu dengan kemajuan teknologi tanpa wayar iaitu 3G, 4G, Wi-Fi, Bluetooth dan yang paling baharu ialah 5G.


SUMBER RUJUKAN YOUTUBE

Video dibawah ini menerangkan revolusi-revolusi industri bermula dari abad ke 18 sehingga sekarang...


 

PROGRAM Road2Growth DEDAHKAN PENIAGA KECIL KEPADA TEKNOLOGI INDUSTRI 4.0

 



Program *Road2Growth* ialah sebuah platform yang diwujudkan oleh *Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)* untuk membantu usahawan, startup, innovator dan penyelidik meneroka peluang pembangunan teknologi, perniagaan dan kapasiti. Program ini akan dijalankan di enam (6) buah bandaraya seluruh Malaysia dengan penekanan kepada industri 4.0 dan pendigitalan.

Cabaran untuk mengadaptasikan teknologi berkaitan Industri 4.0 adalah sukar, terutama bagi syarikat-syarikat perusahaan berskala kecil dan sederhana (PKS).  Kebanyakan solusi yang tersedia memerlukan pelaburan yang besar dan tidak setimpal dengan kapasiti pengeluaran syarikat.


Sesi ini memberi pendedahan kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk berkolaborasi dengan penyedia solusi berkaitan industri 4.0 tempatan samada untuk keperluan sendiri atau yang berminat untuk melatih tenaga kerja sedia bagi melahirkan syarikat-syarikat penyedia solusi industri 4.0 di Sabah.


Syarikat-syarikat yang mempunyai minat yang tinggi untuk menjadi penyedia solusi industri 4.0 di Sabah akan dipadankan dengan penyedia solusi Industri 4.0 yang berpengalaman dari Co9P untuk melahirkan syarikat kerjasama yang akan dibimbing sepenuhnya, terutama dari segi keperluan teknikal serta modul Latihan yang bersesuaian


IMPAK REVOLUSI INDUSTRI KEPADA KEPELBAGAIAN BIDANG

  KESAN KEPELBAGAIAN BIDANG Impak IR 4.0 dalam kepelbagaian bidang telah menimbulkan kadar peningkatan dalam usaha perindustrian berskala ...